Bila bosan, saya suka surf internet. Cari bahan-bahan dan idea-idea menarik. Petang tadi sementara tunggu Miqdad bangun dari tidur, saya telah buat carian tentang 'home decoration'.
Dalam meneliti setiap gambar-gambar yang terhasil dari carian saya di Google, saya terjumpa gambar rumah-rumah yang diperbuat dari kontena. Menarik jugak dekorasi yang dibuat.
Pada mulanya saya ingat rumah tersebut seperti rumah biasa. Rupa-rupanya ia adalah rumah-rumah yang sangat luar biasa, diperbuat dari kontena 20 kaki dan 40 kaki.
Tiba-tiba berangan nak bina rumah macam tu. Beli tanah di kawasan terpencil sikit, bina jalan untuk akses keluar masuk, bina pagar elektrik, kemudian pasang solar PV. Tak perlu susah payah bayar bil elektrik bulan-bulan dan sumber air pula guna air boreng yang ditapis.
Tapi itu hanyalah sekadar angan-angan kosong sahaja. Siapalah saya untuk mengidamkan kemewahan hidup sedemikian. Impian sekarang ni cuma nak lihat Miqdad membesar dengan baik dan menjadi seorang tahfiz, In Shaa Allah.
Comments