Tommee Tippee Untuk AMH
Saya tengok ramai di kalangan rakan-rakan menggunakan produk dari jenama Philips Avent untuk milk feed anak mereka. Mungkin kerana jenama tersebut sangat terkenal di Malaysia. Namun, harganya sangat mahal bagi kami yang kurang berkemampuan ini.
Bayangkan harga dua botol 9oz (260ml) Natural Range Feeding Bottle dari Philips Avent hampir mencecah 75 ringgit.
Sehari, Miqdad minum lima kali dan 5-7oz sekali minum. Dengan 75 ringgit, kami hanya mampu dapat dua botol 9oz. Kami terpaksa recycle basuh botol tersebut setiap kali selepas Miqdad minum susunya. Bila travel, lagi jenuh kami hendak basuh botol tu di setiap perhentian yang kami berhenti.
Jadi, saya cuba untuk mencari satu produk dari jenama yang bagus buat Miqdad tetapi kena dengan bajet kami (murah tetapi berkualiti).
Selepas membaca beberapa forum tentang feeding bottle di internet, kami akhirnya membuat keputusan untuk menggunakan produk dari jenama Tommee Tippee.
Saya dan isteri telah pergi ke beberapa kedai menjual barang-barang baby untuk buat price survey. Di Melaka, terdapat satu kedai yang boleh dikatakan berpatutan harganya. Bagi yang tinggal di Ayer Keroh, anda mungkin kenal dengan kedai Baby Point yang terletak bersebelahan Maybank berhampiran Mydin MITC.
Kami terus apply untuk jadi ahli untuk dapat harga yang lebih murah. Alhamdulillah, pekerja di situ juga sangat mesra dengan pelanggan dan mudah untuk berurusan.
Kenapa Tommee Tippee?
Untuk pengetahuan semua, Tommee Tippee merupakan produk dari United Kingdom (U.K) dan ia telah memenangi anugerah botol susu dan produk bayi.
Dari segi harga pula, produk Tommee Tippee sangat berpatutan. Bagi saya ianya satu produk mampu milik disamping dapat menjaga kesihatan bayi kita. Untuk dua botol 9oz, harganya hanya 56 ringgit. Sudah tentu BPA free dan anti-colic. Yang paling membuatkan kami sangat teruja, tiga botol 9oz berharga 77 ringgit.
Untuk alat ganti seperti puting (teats), harganya lagi murah berbanding jenama Philips Avent. Walaupun perbezaan harga 3 ringgit, jika empat puting perlu ditukar kami mampu jimat sebanyak 6 ringgit. Bak kata pepatah Inggeris, "Every cent counts."
Jika dilihat pada puting botolnya juga, ia mirip buah dada ibu. Mungkin sebab itu Tommee Tippee punya tagline, "Closer to Nature". Jadi Miqdad tidak mempunyai masalah bertukar dari menyusu dada kepada meminum susu dari botol. Hujung putingnya juga tidak panjang. Miqdad tidak berapa suka apabila hujung puting tu terlalu panjang seolah-olah menjolok kerongkong dia.
Miqdad selesa dengan Tommee Tippee. Alhamdulillah, pencarian kami terhadap botol susu Miqdad telah selesai. Jimat duit dan hati pun senang. Lebihan duit tu dapatlah kami belikan Miqdad sterilizer set pula. Syukur sangat kerana Allah permudahkan urusan kami.
Bagi mereka yang kurang berkemampuan seperti kami tetapi mahukan yang terbaik buat anak-anak, boleh beli Tommee Tippee untuk penyusuan mereka. Produk yang sangat relevan, In Shaa Allah. Mahal tidak bermakna berkualiti, murah tidak bermakna tidak bagus.
Comments