Clash of Clans
Baru-baru ni saya ada download satu game di Google Play Store. Agak menarik juga dia punya 'gameplay'. Game berbentuk strategi seperti ini memang menjadi minat saya semenjak dari kecil lagi (Ya, saya seorang 'gamer'!).
Name game tersebut ialah Clash of Clans. Game ini memerlukan pemainnya membina bandar sendiri. Di dalam bandar tersebut perlu ada 'town hall' sebagai nadi utama. Kemudian, meriam dan mortar sebagai gajet pertahanan. Lombong emas dan elixir sebagai pendapatan. Berek pula diperlukan untuk rekrut askar untuk pergi berperang bagi mendapatkan lebih banyak emas dan elixir.
Dalam game tersebut juga, ada misi yang perlu dilaksanakan. Jika anda melaksanakan misi yang ditugaskan, anda akan mendapat ganjaran mata 'xp' dan 'gems'. Memang seronok untuk "membunuh" masa lapang. Tetapi, harus diingat! Jangan sampai melalaikan.
Ada juga saya cari 'hack' untuk game tersebut, tetapi semuanya gagal. Semua 'hack' yang diwar-warkan hanyalah gimik manusia-manusia yang jahat pemikiran mereka. Sama jahat dengan manusia yang ingin memuat turun hack tersebut. Haha! Jika anda ingin bermain game ini, mainlah mengikut jalan yang benar. Tak perlu rasanya nak guna 'hack' atau 'cheat'.
Jadi, nasihat saya, tak perlu buang masa mencari semua tu. Main sahaja seperti orang lain bermain. Jika anda betul-betul mahukan 'gems', sila beli. Kalau tidak silap saya, 500 gems bersamaan 20 ringgit sahaja.
Selamat bermain game!
Comments