Cuti Sekolah Telah Bermula

Alhamdulillah, kami telah selamat tiba di kampung halaman pada malam Sabtu baru-baru ini. Setelah 12 jam menempuh perjalanan, akhirnya tiba di Padang Midin tepat jam 11:00 malam.

Cuti penggal akhir persekolahan telah pun bermula, jadi Miqdad dan Mama Miqdad akan dihantar pulang ke kampung halaman. Esok saya akan pulang ke Kemaman untuk mencari kerja. Harap-harap ada kerja kosong menanti saya di Kemaman.

Kami masih lagi menantikan keputusan pertukaran guru yang dijangka keluar pada minggu lepas. Namun sehingga ke hari ini, keputusannya masih belum keluar. Ramai orang menyatakan yang keputusan Egtukar akan diumumkan sebelum cuti penggal akhir persekolahan. Ternyata ramalan mereka adalah salah kerana sehingga ke hari ini keputusannya masih belum keluar.

Apa boleh buat, kami hanya merancang. Allah yang menentukan segalanya. Kita hanya mampu berusaha dan selebihnya kita serahkan kepada Allah. Saya berharap sangat kali ini Mama Miqdad dan Miqdad dapat tinggal bersama saya di bawah satu bumbung. Sudah lama saya nantikan saat itu. Tiga tahun lamanya kami berusaha untuk berpindah ke Terengganu, harapnya tahun ini Allah memakbulkan doa kami bertiga.

In Shaa Allah jika ada masa saya akan cuba update perkembangan kami sekeluarga di sini lagi. Akhir kalam, majulah dunia blog untuk bloggers! =)

Comments

Popular Posts