Ikan Bakar Parameswara

Semalam, rombongan adik beradik Maktok datang dari Kuala Lumpur. Tok Long Latif, Tok Ngah Rahim, Wan Long Ruth, Pak Ngah Damak, dan Pak Su Hadif. Mereka datang ke Melaka kerana ingin bawa Toknek Miqdad datang berjalan dan menziarah cicit sulungnya ni. Toknek ditemani pembantu peribadinya, Nek Wani.




Kami ke Restoran Ikan Bakar Parameswara, menjamu selera di sana. Semua balik dalam keadaan kekenyangan yang teramat sangat. Alhamdulillah.



Selepas selesai makan, mereka semua terus bertolak balik ke Kuala Lumpur. Jam 1:00 pagi saya terima mesej dari Pak Ngah Rahim yang mereka telah selamat sampai ke destinasi. Syukur alhamdulillah. Semoga Allah panjangkan usia kami untuk dapat sama-sama kami berkumpul sebegini lagi di masa mendatang, In Shaa Allah.

Petang tadi Aki, Maktok, dan Wanumi pula berangkat pulang ke Kemaman. Semoga perjalanan mereka dilindungi Allah Ta'ala.

Comments

Popular Posts