NKEA 1 Kuala Lumpur dan Kawasan Sekitar/Lembah Klang

Pendapatan Negara Kasar (PNK) Menjelang 2020
190.0 BIL


Peluang Pekerjaan Menjelang 2020
300,000 JOBS

Empat tema dibawah Greater Kuala Lumpur/Klang Valley (Greater KL/KV) iaitu Magnet, Hubung, Tempat Baru dan Perkhidmatan Tertingkatkan telah menetapkan agenda yang jitu bagi perlaksanaan tahun pertama NKEA

Perlaksanaan semua EPP membayangkan suatu rombakan menyeluruh terhadap geografi Greater KL/KV dengan memperbaiki daya tariknya bagi syarikat-syarikat multinasional asing (MNC) dan pekerja-pekerja asing, di samping menyediakan asas bagi sebuah sistem pengangkutan awam yang cekap dan menilai tahap kebolehlaksanaan sebuah sistem perjalanan berkelajuan tinggi di antara Kuala Lumpur dan Singapura.

Selain itu, pelbagai inisiatif untuk meningkatkan suasana kota dengan memperbaiki persekitaran fizikal juga sedang digerakkan. Di antara inisiatifnya ialah usaha untuk meningkatkan mutu air sungai-sungai Kuala Lumpur serta memperindahkan dan membangunkan kawasan sekitarnya menerusi projek ‘River of Life’, menghijaukan kota dengan menanam lebih banyak pokok, membangunkan tempat-tempat ikonik dalam kota dan menyediakan persiaran yang selesa untuk para pejalan kaki.

Tidak dilupakan perancangan untuk meningkatkan pengurusan sisa pepejal dan memperbaiki perkhidmatan pembentungan kota. Usaha membuka lebih banyak peluang perumahan dan juga pusat pentadbiran Kerajaan, di Putrajaya, juga telah bermula.

Inisiatif-inisiatif ini bukan saja akan meningkatkan daya tampung kehidupan malah juga rentak ekonomi Greater KL/KV menerusi kegiatan-kegiatan tertentu, dan ia akan menyumbang sebanyak RM190 bilion Pendapatan Negara Kasar (PNK) dalam tempoh sepuluh tahun akan datang dan membuka lebih 300,000 peluang pekerjaan.

Comments

Popular Posts