NKEA 2 Minyak, Gas & Tenaga

Pendapatan Negara Kasar (PNK) Menjelang 2020
131.4 BIL

Peluang Pekerjaan Menjelang 2020
52,300 PEKERJAAN

Bidang Ekonomi Utama Negara(NKEA) bagi Minyak, Gas dan Tenaga (OGE) mensasarkan pertumbuhan tahunan sebanyak lima peratus bagi sektor ini dari 2010 hingga 2020. Ini adalah sasaran yang tinggi, khususnya apabila mengambilkira faktor penurunan dua peratus dalam pengeluaran minyak dan gas.

Untuk mencapai sasaran ini, OGE akan memberikan tumpuan kepada empat teras utama: mengekalkan pengeluaran minyak dan gas, meningkatkan pertumbuhan hiliran, menjadikan Malaysia sebagai hab nombor satu di Asia untuk perkhidmatan telaga minyak, dan membina sektor tenaga di atas suatu platform yang mampan dari segi pertumbuhan.

Makmal OGE dalam tahun 2010 telah mengenal pasti 12 Projek Permulaan disamping dua peluang perniagaan teras. Kesemua projek ini dijangka akan menyumbang sebanyak RM131.4 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) dan mewujudkan 52,300 pekerjaan tambahan dalam sektor minyak, gas dan tenaga. Sebahagian besar pekerjaan tersebut memerlukan pekerja berkemahiran tinggi dan dianggarkan 21,000 (40 peratus) daripadanya akan terdiri dari golongan berkelayakan profesional seperti jurutera dan ahli geologi.

Selain dari mengekalkan pengeluaran minyak dan gas, OGE juga akan memberikan tumpuan kepada pertumbuhan aktiviti hiliran, yang seterusnya akan menebat sektor ini secara keseluruhannya daripada kejutan harga pasaran komoditi global. Ia juga bertanggungjawab untuk membina sebuah platform tenaga yang mampan untuk rakyat dan para peniaga.

Sepanjang tahun 2011, pelbagai kemajuan besar telah dicapai dalam sektor ini, terutamanya kelulusan Pindaan Rang Undang- Undang Akta Cukai Pendapatan Petroleum (PITA), yang bertujuan untuk memberikan insentif kepada usaha penerokaan telaga minyak dan gas pinggiran. Pelaburan besar telah dibuat oleh para peserta utama industri ini seperti Shell, ExxonMobil, PETRONAS, Dialog Group dan Royal Vopak, sejajar dengan empat teras strategik NKEA. Badan-badan khusus seperti Malaysia Petroleum Resources Corporation (MPRC) telah ditubuhkan untuk menyelaraskan kerjasama di antara pihak kerajaan dan sektor swasta.

Comments

Popular Posts