SF Beauty Produk Beracun?
Hari ni ada salah seorang dari customer isteri saya cakap dalam warta berita di TV mengatakan produk SF Beauty beracun. Sekali lagi SF Beauty telah dikhianati.
Cubaan yang pertama telah berlaku pada bulan Mei yang lalu. Hari ini, sekali lagi produk SF Beauty menjadi mangsa dengki pihak yang tidak bertanggungjawab. Jika produk ini mengandungi racun, sudah tentu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tidak akan mengeluarkan sijil kepada syarikat yang mengasaskan produk ini.
Baru 2 hari lepas saya semak di portal pensijilan KKM dan saya dapati produk masih mempunyai sijil yang sah. Nyata sekali mereka yang menyebarkan khabar angin ini tidak menyemak terlebih dahulu.
Minggu lepas, keburukan produk Tabita telah terpampang di akhbar Berita Harian. Saya musykil juga kadang-kadang, editor TV atau akhbar ni ada tak buat siasatan terperinci sebelum menyiarkan berita mereka?
Saya akan tampilkan buktinya di entri akan datang. Publish entri ni guna tablet, jadi agak sukar untuk saya letakkan print screen atau URL laman portal pensijilan KKM yang dimaksudkan.
Kepada pengguna produk SF Beauty yang ragu-ragu, saya syorkan supaya tidak membeli atau menggunakannya lagi. Senang, end of story. Kan?
Comments