Silap Orang
Pernah tak anda tersilap menyapa orang? Hari ni saya baru je tersilap menyapa orang di hospital. Muka mak cik tu saling tak tumpah macam emak kepada kawan ayah saya.
Terus saya tanya, "mak cik ingat lagi tak saya?"
Mak cik pun jawab, "tak cam lah. Siapa ye?"
"Saya anak cikgu Sabri. Ingat tak?" Balas saya kepada mak cik tu.
Mungkin mak cik tu nak ambil hati saya takut saya malu besar, seraya dia menjawab, "ohhhh!"
Tapi saya ni jenis ramah. Terus tanya mak cik tu lagi. "Cikgu Ghani sihat?"
Terus mak cik jawab, "awak dah tersilap orang ni.."
Nasib baik waktu tu nombor giliran dia dipanggil. Saya terus je beredar dari situ dengan muka cover malu. Dalam hati, "aisehman! Tersilap orang pula."
Mungkin pelanduk dua serupa. Hehe.. sekian, itu sahaja cerita saya.
Anda pernah tak hadapi situasi macam tu? Sila kongsikan bersama saya.
Comments