Status Permohonan Pertukaran Mama Miqdad

Alhamdulillah. Keputusan E-GTukar telah keluar. Permohonan Mama Miqdad telah ditolak. Walaubagaimanapun, kami sekeluarga redha di atas ketentuan Ilahi. Cuma saya sedikit terkilan kerana tidak akan dapat bersama mereka berdua di Melaka lagi pada tahun hadapan.

Saya terpaksa tinggal di Kemaman kerana saya perlu menguruskan hal ayah saya yang kurang sihat. Baru-baru ini, ayah saya telah disahkan oleh doktor pakar melalui pemeriksaan CT Scan mempunyai darah beku di kepala.

Apa pun, saya akan cuba membahagikan masa dengan sebaik mungkin untuk menjaga keluarga saya. Mungkin Allah mengetahui apa yang telah diaturkanNya untuk saya dan keluarga. Saya terima keputusan ini sebagai ujian Allah Yang Maha Esa kepada saya.

Saya telah menghubungi bahagian pertukaran guru di Putrajaya. Mereka memaklumkan kepada saya bahawa proses pemilihan adalah berdasarkan merit. Setiap pemilihan juga adalah dipantau oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Nazir & Jaminan Kualiti (JNJK) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan pemilihan dilakukan secara telus dan berintegriti.

Terima kasih Kementerian Pendidikan Malaysia kerana telah membuka ruang dan peluang untuk saya bersama isteri dan anak saya untuk tinggal sebumbung. Namun, ia masih bukan milik kami.

Apa boleh saya buat, kami sekeluarga orang kaya. Sebab itu kereta, rumah, bil utiliti dan bahan api kami bayar. Tidak seperti mereka yang miskin di mana kereta, rumah, bil utiliti dan bahan api mereka diberikan secara percuma. Saya dan keluarga rakyat marhaen.

Walau begitu, sokongan saya terhadap kerajaan dan Umno tidak pernah luntur. Semoga Melayu terus maju di masa mendatang. In Shaa Allah..

Comments

Popular Posts