Peluang Masih Cerah


Tiga hari lepas, Umi saya memberitahu bahawa peluang untuk Mama Miqdad berpindah tempat bertugas masih cerah kerana Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang untuk kami mengemukakan rayuan. In Shaa Allah, esok kami akan bertolak ke Putrajaya.

Walaupun saya ada terbaca blog seorang guru yang bernama Kak Anim, namun semangat saya tidak luntur untuk terus berusaha dan pergi ke Parcel E, Putrajaya.

Semoga usaha kali ini tidak sia-sia dan kami dapat hidup bersama di sini. Ya Allah, Engkau lembutkanlah hati pegawai-pegawai yang akan kami jumpa esok supaya rayuan kami dapat diterima. Hamba Mu ini hanya mampu berserah kepada Mu. Amin..

Kepada sesiapa yang ingin cuba untuk kemukakan rayuan secara bertulis, sila buat selewat-lewatnya pada 10 Disember 2013. Semoga dapat kita sama-sama hidup bahagia dengan keluarga tercinta.

Tunggu update dari saya nanti. In Shaa Allah..

Sincerely,
Walid Miqdad

Comments

Popular Posts