Hari Akhir 2013 Bersama Miqdad

Rasa sedih dan berat hati untuk meninggalkan Miqdad bersama mamanya di Melaka, namun apakan daya saya seorang suami dan walid yang terpaksa pulang untuk mencari nafkah untuk seisi keluarga.

Saya terpaksa akur dan melakukan pengorbanan ini demi melihat keluarga kami bahagia di hari mendatang, In Shaa Allah. Mungkin ini ujian Allah terhadap hambaNya yang khilaf ini.

Alhamdulillah, 31 Disember 2013 jam 9.30 malam saya menaiki bas untuk pulang ke Kemaman. Sampai di sini lebih kurang jam 3.30 pagi. Sampai sahaja di rumah, saya mula teringatkan isteri saya yang banyak berkorban dan melayan kerenah saya sepanjang saya berada di Melaka. Semoga syurga Jannah milik anda di akhirat nanti.

Hari ni 1 Januari 2014, saya mula rasa bersemangat untuk memulakan tahun baharu dan akan cuba mengubah kehidupan saya supaya ia menjadi lebih bermakna. Semoga Allah makbulkan doa-doa saya tahun ini.

Sempat video call dengan Miqdad pagi tadi. Ya, mama Miqdad masih belum mula bertugas memandangkan di sana hari ini cuti sempena tahun baharu.

Apa pun, dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2014 untuk kalian semua. Semoga tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun yang lepas. Buatlah yang terbaik kerana masa itu seperti air sungai yang mengalir. Sekali ia berlalu, pasti ia tidak akan kembali.

Salam Tahun Baharu,
Walid Miqdad

Comments

Popular Posts