Rayuan Tidak Berjaya
Syukur ke hadrat Ilahi walaupun rayuan pertukaran mama Miqdad untuk ikut suami tidak berjaya. Allah S.W.T. tahu apa yang terbaik buat kami sekeluarga. Kami redha dengan ketentuan kali ini.
Saya tidak rasa dalam masa terdekat ini kami sekeluarga dapat bersatu untuk tinggal di bawah satu bumbung. Ini kerana subjek Pengajian Am merupakan opsyen yang sangat sukar untuk di relocate. Bila guru-guru bagi sesuatu opsyen itu melebihi bilangan yang diperlukan, pertukaran sangat sukar dilakukan.
Namun, ada satu solusi yang dapat saya dan mama Miqdad fikirkan; iaitu penambahan opsyen. Jika opsyen ditambah, major opsyen masih kekal tetapi peluang untuk mengisi kekosong bagi subjek yang menjadi opsyen kedua adalah sangat tinggi jika opsyen tersebut adalah opsyen 'panas' di negeri yang dipohon.
Sebagai contoh; di negeri Terengganu, guru bagi opsyen Bahasa Inggeris sangat diperlukan. Jika anda seorang guru Bahasa Inggeris, peluang untuk anda bertukar ke negeri Terengganu adalah sangat cerah! Walaupun anda baru mengajar tidak sampai setahun.
Saya akan update semula nanti tentang procedure untuk memohon untuk menambah opsyen, In Shaa Allah. Itu pun kalau mama Miqdad sudah bersedia untuk mengorbankan cuti penggal akhir tahun persekolahan nanti. :)
Comments