Bahagia Isteri, Bahagia Rumahtangga


Terpanggil saya untuk menulis entri kali ini apabila menerima gambar di atas dari sahabat dalam grup Whatsapp. Waktu bujang dulu, saya tidak tahu dan tidak pernah ambil tahu tentang masalah emak saya. Tetapi kini selepas sudah dua tahun berumahtangga, saya sedar betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar anak, isteri, dan ibu.

Siang dan malam seorang wanita akan memikirkan tentang kebahagiaan lelaki. Tidak kira kebahagiaan bapanya, suaminya, atau anak-anaknya. Begitu besar sekali peranan wanita dalam hidup seorang lelaki.

Gembirakanlah hati wanita-wanita yang kita sayangi sebelum mereka meninggalkan kita. Hargai mereka. Hargai ibu kita, isteri kita, dan anak-anak kita. In Shaa Allah, hidup kita akan bahagia sehingga ke hembusan nafas kita yang terakhir.

Comments

Popular Posts