70 Peratus Siap

Alhamdulillah, rumah kami di Kemaman telah 70 peratus siap. Ia dijangka siap sepenuhnya pada bulan April atau Mei nanti. Mama Miqdad sudah minta saya fikirkan tentang interior design untuk rumah tersebut. :) Excited betul mama Miqdad kerana ini rumah pertama kami.

Gambar sebenar rumah kami

Saya plan untuk pasang grill terlebih dahulu. Sedang mencari design yang menarik untuk ditiru. Yang menarik tentang pemaju rumah kami ni, dia bagi sekali auto gate. Jadi kami tak perlu fikir untuk pasang auto gate lepas ni.

Untuk pintu utama pula, tambah 200 ringgit untuk dapat pintu yang berkaca ditengah siap dengan built-in grill. Untuk pintu utama, saya tak perlu fikir untuk pasangkan grill sebab pintu kayu tu sudah cukup tebal dan memadai.


Untuk bahagian dalaman pula, saya rasa design wardrobe dan katil macam gambar di bawah ni pun agak menarik jika dipadankan ke dalam master bedroom.


Dapat menjimatkan ruang dalam master bedroom kami yang berukuran 143 kaki persegi tu. Wardrobe mungkin dalam lingkungan 18 kaki persegi. Untuk katil pula saya anggarkan 30 kaki persegi. Cuma susunan haruslah betul untuk mendapatkan penggunaan ruang yang baik. Apa pun, kita lihat apabila rumah kami siap sepenuhnya nanti.

Comments

Unknown said…
Fuyooooo dh ade rumah sendiri..kemaman ktne? Berapa k?
Nashrul Sabri said…
Alhamdulillah rezeki dari Allah Taala.. Kat kemaman.. Harga mahal sini.. RM255k..

Popular Posts