Linde Werdelin Oktopus Moon Tattoo

Saya yakin pasti ramai yang tidak tahu tentang jenama jam Linde Werdelin. Di sini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang jenama Linde Werdelin ini dengan anda semua.

Linde Werdelin adalah pembuat jam yang eksklusif kerana ia adalah 100% hasil kerja tangan pembuatnya. Ya, tanpa bantuan mesin walau sedikit pun. Mula membuat jam pada tahun 2002 sehingga sekarang masih aktif.

Jenama ini jarang kita dengar kerana sebuah jam bernilai belasan ribu pound sterling, malahan ada yang mencecah harga puluhan ribu pound sterling.

Model jam yang paling mahal bagi jenama ini ialah Oktopus Moon Tattoo. Dijual pada harga 30,000.00 pound sterling, saya yakin ada diantara anda yang menepuk dahi dengan harga tersebut.






Menarik bukan? Jika anda memiliki duit sebanyak 30,000.00 pound sterling atau jika ditukarkan ke dalam nilai matawang kita ialah 163,717.92 ringgit (kadar tukaran matawang terkini). Sanggupkah anda membelanjakan duit sebanyak itu untuk sebuah jam tangan?

Comments

Popular Posts