Selesai Temuduga

Alhamdulillah, petang tadi telah selesai sesi temuduga saya dengan pihak Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd. Saya ditemuduga oleh Encik Adnan, Encik Hanif dan Cik Siti Elfira yang berada di Kuala Lumpur dan menyertai sesi menemuduga saya melalui tele-conference.


Bagi saya, ia berjalan dengan lancar. Namun bagi pihak penemuduga, saya tidak pasti. Saya sangat memerlukan jawatan tersebut demi masa depan keluarga saya. Demi masa depan Miqdad. Saya sanggup bertungkus lumus demi masa depan Miqdad.

Saya telah mencuba sedaya upaya saya. Sekarang ini, hanya doa dan tawakal sahaja yang mampu saya lakukan. Semua urusan selepas itu saya serahkan sepenuhnya kepada Allah Yang Maha Memberi Rezeki. Jika jawatan itu milik saya, maka saya akan terima dengan hati yang riang. Jika bukan untuk saya, maka saya harus redha.

Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya. Esok, jam 12:30 tengahari saya akan menaiki bas untuk ke Melaka menjenguk Miqdad dan mama Miqdad. Lebih baik saya masuk tidur sekarang. Selamat malam semua..

Comments

mr.m said…
Walid, ana ingin bartanya.. apakah jawatan yg anta pohon dcarigali hess.. adakah walkin interview pada 1&2 april 2014 ini wujud?? Terimakasih..

Email ana: admin@muncet.net

Popular Posts