Tommee Tippee Tinted Feeding Bottle

27 Februari 2014, genap usia Miqdad setahun. Begitu juga dengan botol susu yang kami guna untuk menyusukan Miqdad. Namun, masih ada botol susu yang boleh digunapakai seperti Tommee Tippee yang baharu dibeli sebelum ini.

Jadi, saya dan mama Yue telah berbincang untuk membeli botol susu baharu untuk menggantikan botol-botol yang ada di rumah mama Uji. Kami pilih untuk beri botol-botol yang sedia ada di rumah kepada mama Uji dan beli yang baharu untuk letak di rumah sendiri.

Macam biasa, saya dan mama Yue pergi ke kedai Baby Point, Ayer Keroh untuk meninjau jenama dan jenis botol susu yang sesuai untuk Miqdad.

Nampak gayanya, Tommee Tippee masih menjadi pujaan hati kami kerana teat botol susu tersebut sangat bagus untuk pertumbuhan gigi Miqdad. Cuma kali ini, kami pilih botol yang ditinted dengan warna hijau dicetak dengan kartun beruang.


Kami mahukan yang terbaik untuk Miqdad. Harapan kami agar Miqdad membesar sebagai seorang hamba Allah yang taat pada perintahNya dan menjauhi segala laranganNya, In Shaa Allah.

Harga untuk Twin Pack botol ini tidak sampai 60 ringgit. Berbaloi bagi kami membelanjakan 60 ringgit untuk dua botol yang mampu tahan sehingga setahun.

Comments

Popular Posts