YTL Yes Zoom Fiz

Semalam hari pertama saya menggunakan perkhidmatan YTL Yes Zoom FIZ. Bayaran permulaan ialah 150 ringgit dan yuran komitmen ialah 79 ringgit setiap bulan selama 24 bulan (kontrak). Dengan kelajuan 1 Mbps, saya rasa sudah mencukupi untuk saya guna setiap bulan. Yang penting data internet yang diberikan tidak mempunyai had.


Nasib baik kawasan rumah saya berada dalam coverage Yes 4G. Alhamdulillah, dapat saya selalu update blog selepas ini. Dulu saya pakai Maxis Portawifi, tetapi cepat sangat exceed kuota walaupun pakej 88 ringgit yang saya langgan mempunyai kuota 20 gigabait.

Walaubagaimana pun, saya masih lagi menunggu UniFi untuk tiba di sini. Jika UniFi sampai, sudah tentu saya akan terus subscribe dan lupakan Yes Zoom FIZ ini. Bila sudah ada UniFi, lupakanlah yang lain. Hihi..


Comments

Popular Posts