Beli Belah Barang Keperluan di Mydin Mall Ayer Keroh

Malam tadi Walid dan Mama Miqdad ke Mydin Mall Ayer Keroh untuk membeli barang-barang keperluan sebelum Walid berangkat pulang ke Kemaman lepas berbuka esok.

Susu dan lampin pakai buang Miqdad kami sudah restock untuk dua minggu. Jadi Mama tak perlu kelam kabut untuk pergi beli barang tersebut untuk dua minggu lagi. Lepas Hari Raya Aidilfitri baru restock semula.

Kami juga beli sabun basuh botol susu Miqdad untuk restock di rumah pengasuh. Berus botol juga telah kami beli yang baharu memandangkan berus Tommee Tippee tertinggal di Kemaman.

Dalam membeli barang keperluan tu, ternampak kain samping untuk Miqdad. Saiz S. Terus beli sekali untuk pakai Raya nanti.

Alhamdulillah, susu Miqdad telah turun harga. Dulu beli 24.90 ringgit. Tadi beli dengan harga 22.80 ringgit. Lampin pun sama. Sebelum ni 33.90 ringgit, tetapi kali ni 32.89 ringgit. Dapat jimat sikit walaupun tidak banyak.

Selebihnya kami restock sabun mandi dan ubat gigi. Mama juga beli kuih raya untuk diberikan kepada pengasuh. Memang tahun lepas pun kami ada berikan kuih raya untuk pengasuh sebagai tanda mata kerana telah jagakan Miqdad dengan baik. Semoga Allah balas jasa pengasuh Miqdad di akhirat kelak. In Shaa Allah.

Lepas membeli belah, kami singgah untuk supper di D'Nangka Bukit Katil.

Comments

Popular Posts