Iftar bersama Aki, Walid dan Mama

Hari ni lepas ambil Aki di Melaka Sentral, terus bergerak menuju Tesco Bandar Melaka untuk berbuka puasa di JM Beriani Power.

Semalam lagi Walid sudah buat tempahan kerana Aki terasa hendak berbuka dengan nasi beriani gam kambing.

Usai iftar, terus bergerak pulang. Aki nampak penat. Miqdad pula sudah mengantuk.

Alhamdulillah, dapat tunai hajat Aki. Cuma tinggal hajat Wan Umi yang belum tercapai kerana Wan Umi tidak datang bersama-sama Aki hari ini.

In Shaa Allah, kami akan usahakan untuk tunaikan hajat Wan Umi pula selepas ini. Mak Tok macam mana? Ada terasa hendak makan apa-apa untuk berbuka puasa? :)

Comments

Popular Posts