Marah Kerana Sayang
Semalam seharian Miqdad buat perangai. Dari pagi sampai ke petang. Serba serbi tidak kena. Walid beri susu, Miqdad menggeleng. Walid beri kasut, Miqdad menggeleng juga.
Hingga habis segala yang Miqdad tunjuk Walid hulurkan kepada Miqdad. Sampai suatu tahap, kesabaran Walid tidak terbendung lagi. Walid memarahi Miqdad dengan tona suara yang sangat tinggi sehingga Miqdad terkejut dan kemudian terpaku.
Selesai Walid meleteri, Miqdad menangis teresak-esak. Maafkan Walid, anak. Walid mahu menjadikan Miqdad lebih berdisiplin. Walid tidak mahu Miqdad leka dengan dunia. Walaupun Walid tahu Miqdad masih kecil, tetapi Walid berpegang pada kata-kata, "melentur buluh biarlah dari rebungnya."
Walid harap Miqdad tidak mengulanginya lagi di masa mendatang. Sekali lagi, maafkan Walid kerana memarahi Miqdad.
Comments