Google Photos sync secara otomatik

Hari ni buka blog terkejut sebab tengok banyak gambar-gambar dah jadi 'dead link'. Rupanya telefon saya ada konfigurasi yang membuatkan telefon Google Photos synchronize dengan sendirinya. Saya tidak tahu bagaimana untuk mematikan fungsi tersebut.

Saya telah Google cara untuk mematikan fungsi tersebut tetapi ianya tetap berjalan seperti biasa. Setiap gambar yang saya buang dari telefon, otomatik di sistem 'cloud' Google juga akan dipadamkan. Saya sudah menemui jalan buntu.

Apa yang mampu saya lakukan sekarang ini ialah, meng'edit' semua post yang mempunyai gambar 'dead link' dan buang semua URL 'dead link' tersebut. Nampak membosankan sahaja blog saya ini. Esok saya akan mulakan operasi membuang 'dead link' yang ada.

Namun saya masih belum berputus asa. Saya akan tetap mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan ini. In Shaa Allah, apabila saya telah berjumpa dengan penyelesaiannya, akan saya kongsikan di sini.

Comments

Popular Posts