Laman sesawang busuk.org telah ditutup?

Saya perhatikan ada satu widget yang kosong. Apabila dibuka widget tu, terdapat coding ping.busuk.org dalam tu. Saya segera ke laman sesawang mereka untuk melihat apa yang telah berlaku kerana widget tersebut telah tidak berfungsi.

Apabila ke laman sesawang mereka, saya dapati laman tersebut telah disekat oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan (KPDNKK) kerana telah melanggar Seksyen 41 di bawah Akta Hakcipta 1987.

Print screen laman sesawang ping.busuk.org
Maka, saya dengan ini terpaksa membuang widget tersebut. Baru hari ini saya tahu laman sesawang mereka dah ditutup. Betapa ketinggalannya saya sejak akhir-akhir ini dengan dunia blogging.

Comments

Popular Posts