Mozilla Thunderbird

Minggu lepas, saya menerima sebuah laptop dari Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Kijal. Majlis penyampaian laptop dan printer telah diadakan di kediaman ADUN Kijal, Dato' Seri Haji Ahmad bin Haji Said bersempena dengan Majlis Rumah Terbuka beliau.

Jawatankuasa Kemajuan & Keselamatan Kampung (JKKK) yang diselia oleh Pejabat Khidmat Masyarakat DUN Kijal telah menerima sebuah laptop, printer dan wang tunai sebanyak RM3,000 untuk dimasukkan ke tabung JKKK.

Syukur, saya tidak perlu lagi ke pejabat untuk melakukan kerja-kerja yang berkaitan dengan JKKK. Sekarang ini, laptop saya guna manakala printer saya serahkan kepada Timbalan Pengerusi untuk digunapakai kerana JKKK telah pun beli printer baharu pada bulan Mei yang lalu.


Jadi, untuk laptop baharu ini saya menggunakan Mozilla Thunderbird untuk urusan e-mel kerana masih belum fasih menggunakan OS Windows 8.1 yang datang bersama laptop ini. Saya tidak tahu di mana letak Microsoft Outlook dan masih belum berkesempatan untuk bertanya pada Mr. G.

In Shaa Allah, jika ada kelapangan, akan saya 'godek' laptop ini untuk belajar tentang OS Windows 8.1 ini.

Comments

Popular Posts