Asam Pedas MITC Melaka
Hari ini saya berada di Melaka untuk menjenguk Miqdad, Mama Yue dan adik Miqdad. Ya! Adik Miqdad. In Shaa Allah jika tiada aral, Miqdad akan bergelar 'abang' pada bulan April tahun hadapan.
Usia kandungan sudah masuk empat bulan. Hari Isnin ini Mama Yue akan ke Poliklinik Umbai untuk scan rutine bayi dalam kandungan. Cuma jantina sahaja yang belum kami ketahui sekarang ini. Kami bercadang untuk mengintai jantina bayi kedua kami pada hujung tahun ini sewaktu cuti persekolahan.
Okay, cukup setakat itu kita bercerita tentang adik Miqdad.
Petang tadi, kami sekeluarga telah ke Ayer Keroh untuk membeli barang-barang keperluan seperti biasa di Mydin Mall, MITC Melaka. Sebelum membeli belah, kami telah ke restoran asam pedas di kawasan sekitar MITC. Ini bukan pertama kali ke sana. Cuma apa yang membuatkan persinggahan kami kali ini istimewa ialah, menikmati asam pedas Jenahak di restoran tersebut.
Rasa yang sangat sedap membuatkan saya terpanggil untuk menulis entri ini. Malangnya, saya tidak ingat untuk mengambil gambar sewaktu lauk pauk dihidang kerana terlalu lapar untuk berfikir.
Saya cuma sempat ambil gambar Miqdad di restoran tersebut sewaktu menunggu makanan tiba.
Harga pula, tidak terlalu mahal. 500 gram Jenahak, nasi putih empat pinggan, kangkung goreng belacan, telur dadar dua biji, nescafe tarik segelas dan tiga gelas air suam berjumlah 57.00 ringgit.
Comments