Water Purifier Panasonic

Hari Rabu minggu lepas, Miqdad, Mama Yue dan saya telah ke AEON Jusco Bandaraya Melaka untuk mencari penapis air untuk menggantikan penapis air Bio Aura kami yang telah rosak.

Kali ini, kami sudah malas mencari penapis air yang mempunyai sehingga 6 penapis. Cukup sekadar satu atau dua penapis sahaja. Asalkan tidak berkarat air yang keluar dari penapis tadi, sudah memadai bagi kami.

Cari punya cari, kami berhajat untuk membeli penapis air yang biasa sahaja. Tetapi selepas melihat Water Purifier Panasonic, tiba-tiba Mama Yue berubah fikiran. Bagi saya, kenapa tidak? Water Purifier Panasonic itu mahal 90 ringgit dari penapis air biasa.

Selepas mengkaji kemudahan untuk mendapatkan penapis gantian, kami terus ambil Water Purifier Panasonic tersebut dan terus ke kaunter bayaran. Hampir sejam kami duduk di situ meneliti setiap penapis air yang ada.

Sampai sahaja di rumah, Mama Yue terus suruh saya pasang dan buang Bio Aura. Gambar selepas dipasang sahaja yang saya sempat ambil. Sewaktu memilih dan membeli tidak sempat ambil gambar kerana Miqdad sangat aktif ke hulu dan ke hilir.


Comments

Popular Posts