Dapur.. Oh! Dapur

Alhamdulillah, dua minggu lepas pemaju telah menghubungi saya dan meminta saya dan Mama Miqdad datang ke pejabat mereka untuk menandatangani surat penyerahan kunci rumah kami.

Saya masih sibuk dalam menyiapkan laporan akhir untuk tuntutan kerja membaiki bangunan. Alhamdulillah, semua kerja telah siap dengan jayanya. Cuma terdapat beberapa kebocoran pada atap bangunan kilang tersebut.

Selepas siap keseluruhan tuntutan, baru saya akan mula projek menyiapkan jeriji besi di rumah kami itu nanti. Setakat ini, hanya lampu-lampu sahaja yang telah dipasang oleh 'specialist' yang saya upah. Semua pendawaian baharu pada rumah tersebut telah saya 'sub' kepada 'specialist' tersebut.

Nama sahaja 'sub'. Berapa jumlah keseluruhan masih belum saya ketahui. Nampak sangat betapa sibuknya saya sekarang ini. Cuma saat ini, ketagih untuk menulis blog tiba-tiba datang. Buka blogger.com dan terus klik pada 'new post' untuk saya tulis entri ini.

Cerita di atas sangat tidak kena dengan tajuk entri kali ini. Okey, mari kita kembali kepada tajuk asal saya. Sebenarnya, saya sedang mencari inspirasi untuk rekaan dapur rumah kami nanti. Cadangnya hendak buat kabinet dapur yang siap dengan 'peninsula'. Banyak sangat terpengaruh dengan drama dan filem barat.

Diantara rekaan yang menarik minat saya:

Kredit www.homebuilding.co.uk
Kredit www.homebuilding.co.uk
Kredit www.homebuilding.co.uk
Gambar yang terakhir (14) mungkin akan saya jadikan asas bagi binaan kabinet dapur rumah kami nanti, In Shaa Allah. Semoga impian Mama Miqdad untuk memiliki sebuah dapur yang sofistikated di rumahnya sendiri menjadi satu kenyataan.

Kita hanya mampu merancang dan berusaha. Rezeki itu datangnya dari Allah S.W.T.

Comments

Popular Posts