AMH sudah mula kurang minum susu

Mama Miqdad, ada menghubungi saya sebentar tadi. Dia beritahu, AMH sekarang sudah mula kurang minum susu. Saya ada terfikir untuk menukar susunya. Mungkin akan mencari susu yang sesuai untuknya.

Sewaktu AMH kecil dahulu, kami pernah beberapa kali menukar susunya kerana dia muak dengan susu yang dia minum. Daripada Anmum, kami tukar ke Enfalac. Kemudian, kami cuba pula susu Sustagen dan tukar ke Lactogen. Akhir sekali dia sangat suka susu Dutch Baby.

Mungkin kami akan cuba tukar ke Sustagen semula kerana AMH suka dengan Sustagen. Faktor kami bertukar dari Sustagen ke Lactogen adalah kerana susu Sustagen sangat manis. Mama Miqdad risau jika AMH terkena diabetis. Nasihat doktor mungkin akan saya dapatkan dalam hal ini, In Shaa Allah.

Apa pun, kena tunggu hujung minggu ini. Saya akan ke Melaka untuk bawa Mama Miqdad dan AMH pergi membeli belah barangan keperluan AMH.

Comments

Popular Posts