Enfalac A+ untuk Afrina

Nur Afrina Qaisara hari ini dah berusia 90 hari. Alhamdulillah, sihat hendaknya dia.

Waktu usia dia 25 hari, kami cuba untuk ajar dia minum susu formula. Saya cuba beri dia susu formula yang dibekalkan oleh Klinik Rawatan Keluarga, Enfalac A+ dan Afrina suka dengan susu tersebut.

Oleh kerana GST, harga susu tersebut melambung tinggi. Walaupun pada dasarnya harga sepatutnya semakin turun kerana semua cukai telah dimansuhkan dan diganti dengan GST. Untuk satu tin 400g Enfalac A+ harganya sekitar 52 ringgit hingga 54 ringgit.

Saya cuba mencari alternatif lain. Saya cuba beli Dutch Baby rumusan untuk bayi, susu formula yang sama kami berikan kepada Miqdad dahulu. Ternyata, perut Afrina tidak dapat menerima susu tersebut dan setiap kali dia minum susu Dutch Baby rumusan bayi itu, perut dia akan meragam.

Mama Miqdad memaklumkan kepada saya, debu susu Enfalac A+ lebih halus berbanding Dutch Baby. Mungkin kerana kali ini anak kami perempuan menyebabkan perutnya sensitif terhadap susu yang debunya kasar tidak seperti Miqdad sebelumnya.


Maka, kami kembali memberi Afrina susu Enfalac A+ dan alhamdulillah, dia minum susu itu tanpa ada sebarang masalah kembung perut. Dapatlah kami tidur lebih awal.

Kami ada juga bertanya kawan-kawan yang mempunyai anak perempuan. Susu apa yang mereka berikan sewaktu anak-anak mereka masih bayi. Ada yang suruh kami cuba Anmum, ada yang nasihatkan beri Afrina susu Similac kerana ada beberapa orang doktor mengesyorkan susu Similac tersebut kepada mereka.

In Shaa Allah, kami akan cuba berikan yang terbaik buat kedua-dua anak kami.

Setakat ini, Miqdad masih lagi dapat menyesuaikan diri dengan susu Dutch Lady Explore 2-4 tahun. Harga di Pasaraya Tunas Manja Kemaman, 26 ringgit 50 sen untuk 900g. Sebelum ini harganya 22 ringgit 99 sen untuk 1kg. Selepas sistem percukaian baharu diperkenalkan, alhamdulillah beratnya turun dan harganya yang naik. Ada juga lah yang turun.. Janji ditepati!

Comments

Popular Posts