Rezeki daripada Allah untuk anak ke-2
Alhamdulillah.. Syukur ke hadrat Ilahi kerana masih dipanjangkan usia saya untuk mengarang di blog yang daif ini.
Syukur juga kerana Allah telah melimpahkan rezeki yang amat bermakna kepada kami sekeluarga pada tahun ini kerana dengan izinNya, Nur Afrina Qaisara telah dilahirkan pada tanggal 31 Mac 2015 yang lalu tanpa sebarang komplikasi dan cukup sifatnya.
Sesungguhnya perancangan Allah SWT itu Maha Hebat. Dengan limpahan rahmatNya kali ini, permohonan pertukaran Mama Miqdad bagi sesi Jun 2015 ini telah berjaya. Hanya Allah SWT sahaja yang tahu betapa gembiranya hati ini kerana tidak perlu berjauhan lagi dengan Mama Miqdad, Miqdad dan yang terbaharu, Afrina.
Tahun 2015 ini amat bermakna bagi saya.
Tahun 2015 ini amat bermakna bagi saya.
Rezeki daripada Allah untuk Afrina dan kami sekeluarga sangat besar. Selepas dapat tahu Mama Miqdad dapat pindah balik ke Kemaman, sales girl Nissan pula beritahu loan kereta telah lulus dan kereta boleh ambil pada 4 Jun 2015. Hari yang sama Mama Miqdad menyambut hari ulangtahun kelahirannya yang ke-29.
Hari Jumaat lepas, kami sekeluarga telah ke Melaka untuk kemas barang-barang yang hendak dibawa pulang ke Kemaman. In Shaa Allah, esok kami akan ke Melaka semula dengan membawa lori untuk angkat barang-barang yang telah dikemas balik ke Kemaman.
Doakan perjalanan kami pergi dan balik.
Sekian sahaja untuk kali ini. Jika ada kelapangan, akan saya mengarang lagi.
Comments