ANMUM Infacare Step 1

Hari ini genap usia Afrina 4 bulan. Baru-baru ini kami telah cuba Enfalac A+ untuk Afrina. Pada mulanya susu Enfalac A+ tu okay, tetapi lama-kelamaan Afrina mengalami kembung perut yang sangat dahsyat.

Saya dan mamanya cuba pula susu ANMUM Infacare Step 1. Alhamdulillah, dah sebulan Afrina minum susu ANMUM Infacare Step 1 tanpa mengalami kembung perut. Cuma dia memang susah hendak buang air besar dari usia 2 bulan lagi. Baik susu Dutch Baby, Enfalac A+, mahupun ANMUM Infacare, memang dia susah hendak buang air besar.


Kami ada cuba dapatkan konsultasi dari doktor, namun doktor mengatakan ianya normal. Bayi tidak semestinya akan buang air besar setiap hari. Walaubagaima pun, masalah tahi mata Afrina masih belum pulih malah ia semakin teruk. Setiap pagi, Afrina akan celik dengan sebelah mata sahaja kerana mata yang sebelah lagi ditutupi dengan tahi mata. Semalam, kami sekali lagi berjumpa doktor bagi merawat masalah tersebut.

Miqdad pula mengalami selesema. Hari ini sudah masuk hari ketiga. Bawa Miqdad jumpa doktor bersama dengan adiknya tadi. Minta dengan doktor ubat titik ke dalam hidungnya kerana Miqdad sangat susah untuk makan ubat.

Sejak kebelakangan ini, selera makan Miqdad juga merosot. Hanya makan separuh roti coklat Gardenia sehari. Bila disuapkan nasi, sempat tiga suap, dia sudah mula melarikan diri tidak mahu makan. Saya dan mamanya agak risau. Aki, maktok, dan wanumi juga amat bimbangkan hal ini. Saya ada cuba bertanya parents yang mana anak mereka punyai masalah sama dengan Miqdad. Rata-rata mengesyorkan kepada saya untuk berikan Miqdad susu Pediasure kerana susu tersebut mengandungi nutrisi makanan yang lengkap. Parents yang syorkan majoritinya telah mendapatkan nasihat daripada pediatrics.


Jadi saya telah jimat kos konsultansi pediatrics. Cuma saya perlu dapatkan status halal susu tersebut sebelum membelikannya untuk Miqdad.

Comments

Popular Posts