Web hosting dan domain name

Saya baru sahaja selesai urusan pembayaran untuk shared web hosting dan juga domain name bagi Sekolah Kebangsaan Bukit Kuang di salah satu syarikat yang mengendalikan perkhidmatan tersebut.

Sebaik selesai urusan pembayaran, laman sesawang pengendali perkhidmatan shared web hosting telah mengalami downtime dan menyebabkan saya tertanya-tanya sama ada pilihan saya ini tepat atau tidak.

Menyesal pun ada menggunakan khidmat pengendali yang baharu ini. Sebelum ini saya menggunakan khidmat Serverfreak bagi tujuan pendaftaran domain name dan shared web hosting untuk Sekolah Kebangsaan Telok Kalong. Terbukti tiada sebarang masalah setelah hampir 4 tahun menggunakan khidmat mereka.

Gara-gara hendak yang murah, saya terpaksa rasa menyesal. Uh.. Rasa seperti hendak ambil semula duit yang telah dibayar kepada mereka.

Saya akan dedahkan nama penyedia khidmat tersebut di sini jika tiada sebarang feedback dari mereka dalam masa 48 jam. Itu sahaja yang mampu saya lakukan agar pengguna lain lebih berhati-hati.

MENYESALNYA!!

**UPDATE

Alhamdulillah, pihak pengendali telah menerima bayaran tersebut dan mesin mereka sudah menghantar emel kepada saya. Syukur yang amat sangat.


Comments

Popular Posts