Suspek Pendarahan Otak

Semalam saya telah dibawa ke Unit Trauma dan Kecemasan Hospital Kemaman kerana mengalami sakit kepala yang amat sangat dan berasa kebas sebelah kiri tubuh.

Malam tu juga pihak hospital menghantar saya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan bagi menjalani prosedur CT Scan. Pertama kali naik ambulans sebagai pesakit.

Alhamdulillah, hasil dari pemeriksaan doktor di HTAA, tiada sebarang pendarahan otak dikesan. Doktor membuat kesimpulan, keadaan kebas sebelah tubuh adalah berpunca dari tekanan darah yang sedikit tinggi berbanding normal.

Bacaan paling rendah 142/90 dan paling tinggi 168/115.

Sempat ditahan di wad dari jam dua pagi hingga tiga petang tadi. Sekarang sudah berada di rumah dan saya dibekalkan dengan ubat mencairkan darah bersama ubat kolestrol bagi mengelak berlakunya keadaan yang tidak diigini.

Comments

Popular Posts