Salam Aidilfitri 1437H

Bismillahirrahmanirrahim..



Berlalu sudah Ramadhan 1437H meninggalkan kita. Amat sedih rasanya kerana masih belum ada kepastian untuk bertemu Ramadhan yang akan datang. Tahun ini masih menyambut Aidilfitri berempat, In Shaa Allah tahun hadapan jika diizinkan Allah SWT kami akan menyambut Aidilfitri berlima.

Jika tiada aral, kami akan menyambut kelahiran orang baharu pada 25 Ogos nanti. Jantina bayi sudah diketahui, cuma saya tidak akan memberitahu anda semua. Tunggu sehingga tiba masanya nanti.

Alhamdulillah, Aidilfitri tahun ini disambut dengan keluarga Mama Yue memandangkan tahun lepas kami telah menyambut lebaran bersama keluarga saya di Kemaman. Toknek Miqdad & Qaisara turun ke Kemaman semata-mata untuk meraikan lebaran bersama kami semua di sini.

Walaupun Aidilfitri tahun ini saya kekurangan waktu tidur, namun aktiviti harus diteruskan seperti biasa. Hari pertama, kedua dan ketiga berjaya dilepasi dengan jayanya. Hari ini, hari yang ke-4 saya sudah mula berniaga. Inilah asam garam kehidupan yang perlu ditempuhi dengan sabar. Sanak saudara masih lagi merayakan Aidilfitri, tetapi saya harus keluar mencari nafkah untuk keluarga.

Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya, In Shaa Allah..

Comments

Popular Posts